15 August, 2011

Tidak Pernah Puas Di Tempat Tidur: Dilema Seorang Suami...

Assalamualaikum.

Banyak permasalah saya mengenai diri sendiri dan juga keluarga. Pada hampir 20 bulan yang lepas saya telah berkahwin dengan seorang gadis yang saya cintai dan atas suka sama suka. Sebelum saya mengenali isteri saya iaitu ketika saya masih seorang pelajar, saya telah mengadakan hubungan seks dengan beberapa orang gadis termasuk kawan dan kawan chating. Saya tak nafikan mereka semua hebat di ranjang.

Untuk pengetahuan saudara/i, saya dikategori orang yang suka hubungan seks (kuat seks). Tetapi selepas saya berkahwin dengan isteri saya, saya tidak pernah puas mengadakan hubungan seks. Hubungan kami di bilik tidur hambar. Isteri saya hanya suka dengan satu cara (teknik) dan tidak akan buat teknik-teknik lain. Kadang² kami hanya mengadakan seks sekali dalam masa setiap 2 minggu hingga sebulan. Kadang² saya memintanya tetapi ditolak. Kerana sayangkan isteri saya hanya mengikut katanya.

Setelah setahun berkahwin, saya mula merasa jemu dalam hubungan kelamin dengan Isteri saya. Ini membuatkan saya ingin mencari perempuan lain untuk memuaskan nafsu saya. Saya tidak pernah melanggan pelacur tetapi hanya mencari kawan² chating. Saya pernah berkawan dengan seorang perempuan berumur 17 dan perempuan itu sudi untuk mengadakan hubungan seks tapi saya menolaknya kerana masih setia pada isteri. Saya juga pernah berkenalan dengan seorang lagi perempuan berumur 24 tahun. Kini kami berkawan rapat dan bila² masa sahaja saya boleh melakukan hubungan seks dengannya. Saya tidak nafikan mereka semua hebat di ranjang. Tetapi saya masih lagi teringatkan isteri saya yang kini telah mengandung beberapa bulan.

Saya mempunyai ramai kenalan internet yang saya boleh bawa kebilik pada bila-bila masa. Mereka juga mempunyai minat dalam seks yang mendalam. Sampai bilakah saya boleh bertahan saya pun tidak tahu.

Joe.





Jawapan

Assalamualaikum semoga diri Joe dan isteri di dalam rahmat Allah swt.
Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada Joe dan isteri semoga pada bulan yang berbahagia ini kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah Yang Maha Perkasa.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk membincangkan perkara dan situasi yang Joe alami. Mudah-mudahan dengan perbincangan ini segala kekusutan dan kerisauan akan dapat kita leraikan bersama.

Berkaitan dengan pemasalahan yang Joe nyatakan memanglah saya beranggapan ia sesuatu yang berat yang perlu ditanggung oleh Joe.

Marilah kita sorot kembali kepada pemasalahan yang telah Joe nyatakan itu. Joe telah berkahwin lebih kurang 2 tahun yang lalu namun sebelum berkahwin iaitu semasa Joe seorang pelajar, Joe telah mengadakan hubungan seks dengan beberapa orang gadis dan kawan chating Joe. Joe juga mengakui bahawa Joe termasuk di dalam golongan orang yang kuat seks. Namun selepas perkahwinan Joe dapati bahawa Joe tidak pernah puas mengadakan hubungan seks dengan isteri Joe sendiri memandangkan isteri Joe tidak pandai menggunakan teknik-teknik yang pelbagai. Dan ada pula sampai peringkat kadang kala permintaan Joe untuk mengadakan hubungan kelamin dengan isteri ditolak oleh isteri. Kini nampaknya Joe telah semakin jemu untuk melakukan perhubungan kelamin dengan isteri. Walaupun Joe tidak suka kepada pelacur nampaknya kini Joe telah mula kembali mencari kawan chating dan terdapat 2 orang yang pada bila masa boleh saja diajak ke tempat tidur. Walaubagaimanapun Joe belum lagi tergamak untuk melakukan kerana mengenangkan isteri yang mengandungkan anak Joe. Dan kini Joe juga di dalam delima sehingga manakah Joe boleh bertahan dengan keadaan sekarang ini.


Pada masa yang sama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Joe kerana sehingga ini Joe masih lagi dapat bertahan untuk tidak melakukan hubungan yang terlarang itu tetapi sampai bila? Kalau dilihat kembali pernyataan yang diluahkan terdapat dua perkara pokok yang mungkin boleh kita beri keutamaan untuk dibincangkan.

Pertama pengalaman kepuasan seks yang Joe dapat melalui rakan-rakan yang terdahulu yang kini mula menghantui kembali diri Joe dan kedua ketidakmampuan isteri untuk mengadakan teknik-teknik yang pelbagai.

Persoalan tentang kepuasan seks dengan rakan chating mungkin boleh difikirkan sendiri oleh Joe tentang kewajarannya. Adakah selepas Joe berumahtangga dan mendapat seorang isteri yang sah maka perhubungan yang nyata dan jelas terlarang itu perlu diteruskan?

Kalau ingin dihindarkan... bagaimanakah caranya Joe ingin menghindarkan? kerana pada bila-bila masa Joe boleh sahaja mendapatkannya melalui talian chating.

Saya kira perkara ini terletak kepada pertimbangan dan kewarasan diri Joe sendiri. Joe boleh mengatakan tidak dan Joe juga boleh meneruskan hubungan tersebut dengan tambahan hati kecil Joe sendiri yang akan menolaknya memandangkan isteri Joe pun sedang membesarkan benih manusia yang akan mengenali siapakah bapanya.

Pemasalahan kedua tadi iaitu berkenaan dengan isteri yang kurang pengetahuan dan teknik tentang hubungan kelamin. Apakah usaha Joe setakat ini untuk membantunya mengatasi masalah tersebut?. Bukankah tanggungjawab suami juga untuk memberitahu dan membimbing isteri tentang banyak perkara di dalam selok belok rumahtangga? Setakat mana Joe telah membantunya? Setakat mana Joe telah memberitahu kelemahan dirinya dan pada masa yang sama setakat mana Joe juga memperbaiki kelemahan yang ada pada diri Joe sendiri?

Fikirkanlah perkara-perkara di atas. Insyallah dengan keinginan Joe untuk memperbaiki hubungan kelamin dengan isteri diharap semoga Allah akan memberi kekuatan kepada diri Joe untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik yang tidak akan menjejaskan hubungan yang telah wujud. Perbincangan dan persefahaman tentang perkara tersebut perlu diwujudkan dahulu. Kalau tidak bagaimana dia dan Joe dapat memahami keperluan masing-masing?

Selagi keperluan itu tidak difahami selagi itulah Joe akan berada di dalam tidak tenteram dan selesa seperti sekarang ini. Saya fikir biarlah setakat ini dahulu semoga perkara yang kita bincangkan dapat mengurangkan sedikit ketidak selesaan Joe. Jika ada lagi perkara berkaitan yang ingin dinyatakan insyallah saya sedia mendengar agar perbincangan ini dapat sampai kepada satu hasil yang baik kepada diri Joe, isteri dan juga baby yang akan lahir nanti.

Sekian terima kasih.

Dr Ramlan Hamzah.

No comments: