15 August, 2011

ISTERI INGIN MEMOHON CERAI


Saya ingin bertanya tentang hasrat yang ingin memohon perceraian dengan suami sekarang. Masalah antara kami dah berlarutan selama 3 tahun. Tiada lagi komunikasi antara kami dan tidak pernah bersama lagi dalam tempoh tersebut.

Masalahnya saya tidak lagi rasa antara kami ada kesuaian. Dia tidak pernah memberi nafkah selama tempoh tersebut dan saya juga tidak memintanya sebab tidak mahu akhir nanti diungkit semua itu. Saya bekerja dan menanggung sendiri perbelanjaan anak dan diri sendiri. Kami tinggal di rumah mak saya kerana dia sendiri tidak mahu berpindah keluar.

Saya hilang kepercayaan kepada dia kerana setiap apa yang saya katakan padanya akan disampaikan kepada ibu saya yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan antara saya dan ibu saya. Dia sendiri tak pernah berbincang apa-apa dengan saya sebaliknya menggunakan ibu saya sebagai orang tengah. Saya pernah berbincang tentang hasrat ingin bercerai tetapi dia kata tanya mak saya kalau dia beri. Antara dia dan ibu saya memang rapat dan ibu saya lebih dengar kata-kata dia dari saya sendiri. Kami berkahwin bukan atas dasar cinta.

Tolonglah, saya dah tak mampu hidup berpura-pura macam ni. Tak sanggup dah menipu diri sendiri sedangkan dalam hati saya tak ada langsung rasa kasih dan semakin hari semakin benci kepadanya... tolonglah saya.


JAWAPAN

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt. semoga diri saudari dan anak berada di dalam rahmat Allah swt. Kami mengucapkan terima kasih kerana kepercayaan yang saudari berikan kepada kami untuk merungkai kekusutan yang berlaku di dalam kehidupan diri saudari sekeluarga. Insyallah tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan tidak ada kusut yang tidak dapat dileraikan cuma kita perlukan sedikit daya usaha, kreativiti dan kesabaran untuk meleraikannya.

Apa yang saya faham dari cerita saudari adalah seperti berikut;

Saudari telah mendirikan rumahtangga bersama suami saudari tanpa rasa cinta. Kini saudari telah dikurniakan seorang anak.

Masalah telah berlarutan selama tiga tahun. Dalam masa tiga tahun ini saudari tidak lagi berkomunikasi dengan suami, malah saudari juga tidak lagi bersama dengan suami. (Bersama di sini saya andaikan tidak lagi mempunyai hubungan kelamin dengan suami dan juga tidak tinggal serumah)

Saudari juga merasakan bahawa saudari dengan suami memang tidak ada kesesuaian lagi. Suami juga tidak memberi nafkah kepada saudari dan anak dan saudari juga tidak mahu meminta kerana tidak mahu diungkit dikemudian hari.

Saudari juga telah tidak duduk bersama dengan suami dan mengikut apa yang saya faham saudari sendiri telah keluar dari rumah lalu duduk di rumah ibu kerana suami saudari tidak mahu keluar.

Saudari juga sekarang ini hilang kepercayaan kepada suami kerana apa sahaja yang saudari bincangkan perkara itu akan disampaikan kepada ibu saudari sendiri dan ibu saudari juga nampaknya sangat rapat dengan suami saudari.

Dan perkara pokok dan penting di sini ialah saudari rasa lemas dan tidak mahu lagi hidup berpura-pura dan hati saudari semakin jauh dan semakin benci kepada suami.
Itulah 6 perkara pokok yang dapat saya nukilkan kembali kepada saudari mengikut apa yang saudari telah luahkan kepada saya. Memang saya dapat rasakan betapa berat dan pedihnya saudari menanggung semua ini kerana bagi saya 3 tahun hidup di dalam kepura-puraan bukanlah jangka waktu yang singkat.

Biarlah kita merungkaikan kembali perkara-perkara di atas tadi agar ia lebih jelas dan seterusnya akan menjadi jalan untuk saudari melepaskan diri dari siksaaan ini.

Matlamat saudari kini ialah ingin bercerai dari suami. Bercerai dan berkahwin prosesnya sama. Agama kita mengesyorkan agar kita berkahwin jika kita telah bersedia untuk itu dan agama kita juga memberi jalan untuk bercerai sekiranya tidak ada jalan lain lagi untuk bersama di dalam ikatan perkahwinan. Anjuran agama itu sangat mudah. Jika kita semua memahami perkara ini, maka tidak akan timbul sebarang masalah yang besar.

Beberapa langkah mungkin boleh difikirkan untuk dilaksanakan oleh saudari.

Soalan pertama yang perlu difikirkan ialah sudahkah saudari memikirkan semasak-masaknya untuk berpisah dengan suami? Apakah perasaan saudari memang telah kosong terhadapnya? Sudahkah saudari memikirkan akibat selepas perpisahan ini nanti. Adakah alasan saudari untuk berpisah dengannya itu memang satu alasan yang lahir dari dalam perasaan saudari sendiri bukannya ada punca atau faktor lain? Sudahkah saudari membuat pertimbangan bahawa perpisahan ini adalah lebih baik dari hidup bersama? Tidak adakah cara lain lagi untuk mengubah perasaan saudari terhadap suami saudari?

Apabila semua persoalan tersebut telah terjawab ataupun sebahagiannya telah terjawab dan jawapannya berat kepada "masih mahu berpisah" maka langkah seterusnya bolehlah difikirkan.

1. Hasrat saudari perlu diketahui oleh suami dengan jelas. Untuk dia tahu saudari perlu memberitahu. Cara memberitahu ada berbagai cara. Saudari lebih mengenali suami saudari. Kalau selesa dengan perbincangan dan secara lisan maka nyatakannya secara lisan dan perbincangan. Kalau saudari merasakan dengan menulis lebih meyakinkan maka tulislah perkataan yang baik-baik tanpa menyinggung dan merendah-rendahkan martabat masing-masing. Kalau saudari rasa ibu saudari boleh menjadi orang tengah untuk di sampaikan perkara itu, gunakan budi bicara saudari untuk menyatakan kepada ibu untuk di sampaikan kepada suami saudari. Jika ibu tidak bersetuju nyatakan secara terus terang kepadanya hasrat saudari itu dengan jujur dan ikhlas. Biarpun pahit, namun perlu ditelan juga. Jangan biarkan ia jadi penyakit, kerana penyakit sukar diubat. Perkara yang benar perlu dijelaskan agar semua orang faham walaupun ramai yang tidak bersetuju. Tidak semua perkara yang tidak dipersetujui itu salah dan tidak semua perkara yang dipersetujui itu betul.

2. Selepas hasrat itu disampaikan 2 kemungkinan akan berlaku.

Pertama, suami bersetuju. Apabila suami bersetuju, masalah selesai. Dia hanya perlu mengucapkan perkataan itu dan saudari hanya menunggu edah untuk segala-galanya selesai. Segalanya ini akan dibereskan di pejabat kadhi. Biarlah semasa berkahwin dahulu kita beradat dan semasa bercerai juga kita masih beradat. Walaupun ikatan nikah telah terputus namun ikatan persahabatan jangan diputuskan kerana anak masih memerlukan ibu dan ayah untuk dia membesar secara sihat. Biarlah anak tahu bahawa ayah dan ibunya tidak boleh bersama tetapi masih boleh bersama untuk membesarkannya.

Kedua, suami tidak bersetuju. Dia membangkang. Dia memberikan berbagai alasan. Dia mungkin boleh menuduh saudari melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan. Dia mungkin boleh menuduh saudari ingkar tidak mengikut kemahuannya, dia boleh menuduh saudari keluar dari rumah tanpa persetujuannya, dia mungkin boleh menuduh saudari tidak melayan nafkah batinnya. Apabila perkara ini berlaku maka prosesnya akan lebih panjang. Ia akan mengambil masa. Mungkin saudari akan ke pejabat kadhi untuk menerangkan beberapa perkara, suami saudari juga akan dipanggil dan diminta membuat penerangan. Semua perkara mungkin akan keluar. Saudari akan menyatakan sebab-sebab saudari ingin dilepaskan dan mungkin suami saudari akan cuba mempertahankan. Di sinilah hakim atau kadhi akan memutuskan sama ada perlu suami melepaskan saudari atau saudari suami isteri akan dirujuk kepada sesi kaunseling pejabat agama. Sekiranya masih lagi gagal untuk memperbaiki ikatan mungkin mahkamah akan meminta suami saudari untuk melepaskan saudari. Dalam proses ini banyak dugaan dan cabaran perlu ditempuhi. Saudari perlu bersabar dan bertenang. Tidak ada suami yang dengan mudah sahaja untuk melepaskan isterinya tanpa sebab-sebab yang boleh diterima. Lebih-lebih lagi pula kalau kesilapan banyak dilakukan oleh isteri. Di sinilah letaknya kesabaran saudari. Seperti yang saya katakan tadi jika proses ini dapat dijalankan dengan baik maka ia tidak akan memberi kesan yang mendalam kepada saudari dan anak saudari.

Itulah proses yang berlaku sekiranya suami tidak mahu melepaskan saudari. Namun beberapa perkara lagi perlu diambil kira iaitu tentang perhubungan suami saudari dengan ibu saudari. Perhubungan itu sebenarnya baik tetapi jika pihak ibu menyebelahi suami ini akan mendatangkan masalah juga kepada saudari. Namun, bagi saya saudari telah mengenali ibu saudari dan saudari mungkin faham naluri seorang ibu. Saudari perlu pandai berkomunikasi dan pandai meyakinkan ibu saudari supaya nanti ini tidak akan menjadi duri dalam daging. Bukan sahaja saudari hilang suami tetapi mungkin juga akan kehilangan seorang ibu. Perkara ini perlu difikirkan.

Akhir sekali saya serahkan kembali kepada kebijaksanaan dan budi bicara saudari untuk menangani kesulitan ini. Langkah telah dinyatakan, cadangan fikiran telah dikemukakan akhirnya ia berbalik kepada saudari untuk menggunakan kebijaksanaan untuk menghadapi situasi tersebut. Melalui perbincangan dan panduan di atas diharap saudari telah mendapat sedkit petunjuk untuk bertindak ke arah kebaikan yang saudari idamkan.

Kami di sini berdoa agar kita mendapat keampunan dari Allah swt terhadap apa sahaja yang kita lakukan. Biarlah kita melangkah dengan langkah yang baik dan berniat dengan niat yang baik. Selepas itu kita serah kepada Tuhan Pencipta untuk menentukan kesan terhadap tindak tanduk kita. Insyallah kalau kita berniat baik maka baiklah hasilnya dan Allah akan membantu kita ke arah kebaikan.

Wasallam.

Dr Ramlan Hamzah



8 comments:

vanita said...

selamat sejahtera, saya baru berkhawin selama 5 bulan. saya dengan suami saya mempunyai perselisihan faham yang mengakibatkan beliau mohon untuk cerai tetapi saya dapat tahu yang mengikut undangx2 MALAYSIA sebarang permohonan tidak akan diterima sehingga tamat tempoh 2 tahu berkhawin. saya dengan pasti boleh selesaikan masalah ini jikalau kami dapat peluang untuk meluahkan luahan hati. tetapi suami saya enggan berkomunikasi dengan saya. saya bercadang utuk memohon sesi kaunseling supaya sebarang masalah dapat diselesaikan antara kami masa sesi kaunseling. kahwin kami dasar cinta selama 3 tahun. diri saya sendiri ada buat silap dalam memahami ibu beliau tetapi saya insaf dan kecewa dengan apa yang saya lakukan. minta tolong bagi saya tunjuk ajar supaya dapat hidup bersama dengan suami saya semula.

Felicia said...

Dunia ini adalah tempat yang kejam nyata. Saya telah menderita masalah Perkawinan selama 9 bulan sekarang karena tidak mengetahui sahabat saya telah menjadi penyebab utama masalah saya. Kisah saya mungkin berguna bagi Anda, mohon luangkan waktu Anda dan baca.

     Saya Ny. Felicia, saya telah menikah dengan suami saya selama 8 tahun dan kami memiliki seorang putra berusia 4 tahun. Pernikahan saya sangat indah dengan suami saya karena kami begitu saling mencintai sampai suami saya berubah secara otomatis ke arah saya dan putra saya. Dia mulai tidur larut malam dan berhenti merawatku dan putra kami
Beberapa kali saya bertanya apa masalahnya tapi dia tidak pernah punya alasan untuk kelakuan salahnya terhadap saya dan putra kami. Dia terus mengatakan kepada saya bahwa kepalanya berat dan dia lelah dengan pernikahan kami. Dia mengatakan dia ingin bercerai. Saya memohon beberapa kali dan mengingatkannya tentang kehidupan lampau kami yang indah, tetapi dia tidak pernah mendengarkan saya ataupun tangisan putra kami. Suatu hari seorang teman saya datang ke kota kemudian saya menceritakan kepadanya tentang situasi saya. Dia menghubungkan saya dengan seorang pria hebat yang disebut Dr Okosu. Dia mengatakan kepada saya bahwa pria ini telah membantunya mendapatkan mantannya kembali dan mendapatkan pekerjaan yang baik juga. Dia menyarankan saya untuk memberikan dia pengadilan. Saya menghubungi orang ini melalui emailnya: drokosu01@gmail.com
Dia mengatakan kepada saya bahwa sahabat saya adalah penyebab masalah saya. Bahwa sahabat saya menggunakan pesona cinta pada suami saya untuk menghancurkan perkawinan saya. Ohh ini membuat saya benar-benar bingung tetapi bersyukur kepada Tuhan bahwa Dr Okosu mampu mematahkan pesona dan dalam 2 hari suami saya kembali ke rumah dan memulihkan dirinya sendiri dia menunjukkan betapa dia mencintaiku seperti yang dia gunakan. Semuanya bekerja dengan sempurna dan kita semua hidup sekarang sebagai satu keluarga bahagia. Beberapa hari kemudian teman saya juga datang kepada saya untuk mengkonfirmasikan perbuatan jahatnya dan memohon pengampunan saya. Dr Okosu memintaku untuk memaafkannya dan aku melakukannya.

Saya akan terus berbicara tentang perbuatan baik Anda, Man Dr Okosu yang hebat. Dan semoga Tuhan Yang Maha Kuasa terus menggunakan Anda untuk membantu orang lain di dunia ini.

Tolong orang saya tidak menderita dalam diam, Anda juga dapat mencoba pria ini saya percaya itu akan bekerja untuk Anda seperti itu berhasil bagi saya. Ini adalah emailnya: drokosu01@gmail.com atau whatsaap +2348119663571

Dr Okosu juga bagus untuk solusi pada banyak masalah lainnya

(1) Apakah menginginkan mantan Anda kembali.
(2) Apakah Anda ingin menjadi kaya
(3) Anda ingin menemukan cinta sejati
(4) Menginginkan seorang anak.
(5) Anda ingin beruntung dalam semua yang Anda lakukan
(6) Apakah Anda ingin mendapatkan uang Anda yang hilang kembali atau mendapatkan pembayaran Anda.
(7) membutuhkan bantuan keuangan.
(8) Apakah Anda ingin mengendalikan pernikahan Anda
(9) Obat untuk penyakit apa saja.
    
Hubungi DR Okosu hari ini dan saya yakin Anda tidak akan menyesal. Email: drokosu01@gmail.com

Unknown said...

Salam

En.F said...

Sy skrg sgt perlukan khidmat nasihat dri phat agama jgk brkenaan dgn masalah yg brlarutan dlm kluarga sy dh brtahun2 lama dh.tpi tidak jmpa jln nk slesaikan mslah ni. Mcm mna nk dptkan khidmat nasihat rmahtgga ni ya?

Anonymous said...

Saya baru berkahwin 10bulan dah dikurniakan seorang baby comel. Suami saya sangat baik dan tak pernah angkat tangan dgn saya. Masalahnya, dia taknak berbincang. Apa apa saya simpan sorang2. Bila saya beritahu apa yg buat saya insecure, dia marah saya. Sampai satu tahap saya minta dia ikut pergi pejabat agama utk khidmat kaunseling. Nafkah tiap2 bulan pun liat nak bagi, tapi saya sabar je sbb tahu kondisi kewangan dia. Tapi boleh pulak beli mcm2 barang2 kehendak dia. Nafkah batin pun jarang sangat. Bila ajak berbincang dia mcm nak lari dari saya. Sangat pelik. Ada satu hari saya tukar profile picture ws dia guna gambar kawin kami sbb saya nampak conversation dia dgn member kerja perempuan dia yg mesra. So saya tukar, pagi tu, dia remove gambar tu. Saya nak bincang ngan dia tapi dia play victim. Dia kata perangai saya teruk, tak berubah2. Play victim again and again.saya ajak dia pergi pejabat agama nak kaunseling, dia still taknak. Saya stress, dari saya pregnant, sampai berpantang, dia torture mental saya. Saya nak sangat saya dan dia berbincang f2f depan orang pejabat agama. Supaya dia sedar yang yang kesalahan tak terletak pada saya seorang.

Anonymous said...

Saya telah berkahwin selama 4tahun pada awal perkahwinan saya sering dipukul.. Atas sebab benda2 kecil..saya sudah membuat laporan polis sebanyak 3kali stiap tahun, 2kali pergi ke pej agama tapi hasrat itu sering ditarik balik kerana kasihan, kami kerap bertengkar kerana kekurangan saya, saya juga jadi seperti baran juga kerana sikap dia.. Saya akan melenting kiranya soalan itu menyakitkan hati saya, saya juga bimbang saya mengalami kemurungan, ada masa bila tidak dapat mengawal saya akan menangis dr mlm smpi ke subuh.. Kami sering menyalahi sesama sendiri, dia tak percaya saya dan sering maki hamun saya buat saya rasa tidak tahan, kdg dgn panggilan anjing, anak haram, keturunan haram, rasa tertusuk dlm hati saya bila suami sendiri berkata begitu setiap hari.ada je salah saya, saya kerap melarikan diri dari rumah kerana terlalu perit bila kita menluahkan kata2, biar kita membawa diri, mencari ketenangan..mohon apa yg ingin saya lakukan setiap kali saya lari dia akan suruh saya balik dgn kata2 manis tapi tu hanya utk berapa hari.. Kemudian melayan saya seperti sedia kala

Anonymous said...

situasi sy sama dengan puan.mcm mana procedure nak dptkan khidmat kaunseling tu ya?

Anonymous said...

Assalamualaikum saya Dari kedah...di sini saya ingin tahu tentang penceraian yg sepatutnya mengikut undang2 syariah...saya juga terus terang cakap saya dah tawar hati pada suami atas sebab2 yg munasabah...seperti tiada didikan agama Dari suami, dia Tak pernah solat, Tak pernah puasa Dan satu lagi sikap dia...nafsu yg selalu Tak boleh control Tak kira saya dalam keadaan datang bulan dia paksa saya untuk berhubung Jeni's..Benda ni ni dah lama belarutan hingga ke Hari ini...satu kalau saya Tak layan dia akan dingin dngn saya siap cakap Dan ungkit Benda yg tak sepatutnya. Dia pernah menduakan saya..tidur dengan perempuan lain Masa saya dlm pantang Dan saya pernah jumpa seluar dalam perempuan dalam bilik saya yg bukan milik saya..saya diamkan semua ni demi anak2...tapi saya dah hilang sabar dengan perangainya yg tak pernah berubah...saya Tak tahu hendak mengadu pada siapa...ada satu Kali saya hampir di cederakan Dengan kipas angin..puncanya saya Tak nak layan dia..tapi saya ada sebab saya sendiri..kerana waktu itu saya dalam haid lagi...tolong beri penjelasan..